BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kucen yg comey.....

kucen yg comey.....

Monday, May 24, 2010

Wasiat Imam Syafie


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan
selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
> Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
> Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,

> mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi
> membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
> Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
> memperbanyakkan solat Tahajjud dan
> membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
> Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
> Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
> sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
> Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang
> beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
> Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT,
> berbuat baik kepada ibubapa,
> bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
> Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
> bersyukur ke atas nikmat Allah dan
> bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
> Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
> bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
> bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
> Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
> menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
> Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
> Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"...

0 comments: