BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kucen yg comey.....

kucen yg comey.....

Monday, July 18, 2011

Muhasabah Diri

Entri pada kali ini, adalah berkenaan diri kita. semua orang mmpunyai persepsi atau pandangan masing2 terhadap sesuatu. Persepsi tersebut boleh jadi positif & boleh jadi juga sebaliknya. Itu terpulang kepada diri kita sendiri. Jika positif yang di cari, maka akan positif lar kita.


Kita boleh membandingkan diri kita dengan orang2 yang lebih berjaya dengan tujuan sebagai sumber inspirasi atau perangsang dalam proses untuk menjadi manusia yang lebih baik atau menuju kejayaan. Tetapi, jika kita sentiasa membandingkan & mempersoalkan diri kta tanpa mahu berubah, ia membawa kita kepada rasa tidak bersyukur kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya, Dia telah menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian. Dia maha mengetahui segala sesuatu dan kita sebagai hambaNya, hendaklah bersyukur.

Kita selalu tertanya2, mengapa Allah tidak mengabulkan permintaan kita. Tapi pernahkah kita bermuhasabah diri kita, adakah kita layak meminta2 denganNya walhal kita selalu ingkar padanya?
“Jika kita mau mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa,
jika kita mau mendekati Allah dengan berjalan, Allah mendekati kita dengan berlari dan jika kita mau mendekati Allah dengan berlari, Allah akan mendekati kita dengan berlari dan terus berlari.” (HR. Bukhari Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah)

Kita tidak boleh memandang diri kita lebih baik daripada orang lain. Itu membawa kepada sifat takbur, riyak & ujub. Sifat2 tersebut adalah pengaruh syaitan untuk menyesatkan kita. Bermuhasabahlah, sesungguhnya Allah menilai amalan kita dengan melihat kepada Ahsanu(terbaik) bukan Aksaru(terbanyak).

Daripada Anas bin Malik (hadis riwayat an-Nasai),
pernah suatu ketika, Rasulullah(saw) bersabda di tengah2 Sahabat, "Akan berlalu di hadapan kalian selepas ini seorang ahli syurga."
Dan berlalulah seorang lelaki.
Esoknya, Rasulullah(saw) mengulang lagi kata2 yang sama, dan lelaki yang sama juga keluar. Lusanya, Rasulullah(saw) mengulang lagi kata2 baginda, dan lelaki yang sama juga keluar.
Sahabat Rasulullah, iaitu Abdullah bin Amru al-As, mempunyai rasa ingin tahu, apakah amal lelaki itu sehingga dia mendapat ganjaran syurga. Maka, dia mencari alasan untuk bermalam di rumah lelaki tersebut selama 3 hari. Namun, dia tidak melihat lelaki itu bangun untuk mengerjakan qiamullail. Pendek kata, amal lelaki itu tidak banyak, dan tiada pula amalan2 istimewa yang kelihatan pada lelaki tersebut.
Selepas 3 hari, sahabat Rasulullah(saw) pun bertanya, "Aku mendengar Rasulullah(saw) menyatakan bahawa engkau ahli syurga, tetapi aku tidak melihat pada engkau ini seorang yang bangun solat malam, dan tidak pula aku melihat kau mempunyai amalan2 yang istimewa. Maka, beritahulah kepadaku, apa yang telah engkau kerjakan?"
Lelaki itu menjawab, "aku sebagaimana yang engkau lihat, tiada apa yang istimewa dan tidak pula banyak amalnya. Tetapi, dalam hatiku, tiada sedikit pun rasa hasad dan sangka buruk kepada saudara Muslimku yang lain."

Betapa agungnya penilaian Allah. Jadi perbaikan amalan kita. Lebih baik amalan sedikit tetapi berterusan daripada amalan yang banyak tetapi tidak berterusan.
Sekian saja. Semoga kita mendapat sedikit ilmu daripada entri dan bermuhasabah diri untuk menjadi yg ahsanu.

Monday, April 11, 2011

Prison Break


Pernah tgok x cte nie? cubalah tgok... Cite yg agak menarik utk ditonton...

Prison Break nie cite tentang seorang adik (Michael Schofield) yg berusaha utk menyelamatkan abgnya (Lincoln Burrows) yg dipenjarakan di Fox River dan dijatuhkan hukuman mati (electric chair) atas kesalahan membunuh abg kepada vice president US (Caroline Reynolds). Schofield bekerja sbagai structural engineer telah merancang 1 rompakan berseorangan ke atas sebuah bank dgn sengaja utk dimasukkan ke dalam penjara Fox River. Sebenarnya abgnya xbersalah. Dia telah diperangkap oleh pihak vice president itu sendiri utk tujuan mendapatkan insuran. Abg kepada vice president tersebut masih hidup dan telah di tempatkan di suatu kawasan yg xdketahui. Segala maklumat peribadinya telah dihapuskan termasuk giginya.. Schofield telah merancang strategi utk melarikan abgnya dari penjara tersebut dengan melukis (tatoo) di badannya sendiri yg merupakan blueprints penjara tersebut utk memudahkan proses melarikan diri. Pihak kerajaan (vice president) tetap berusaha utk membunuh Lincoln utk menutup kes tersebut dan mendapatkan insuran. Peguam (veronica) yg berusaha utk menyelesaikan kes mereka turut dibunuh. Schofield mmpunyai penyakit di mana, dia dapat melihat sesuatu secara menyeluruh. Jika penyakit utk berlaku pada seseorg yg lemah mental, mereka boleh menjadi gila. Tp dlm hal schofield, ia menjadikan dia seorg yg genius. Citenye ada 4 season (81 episode), dan xmembosankan sebab jalan citenye yg menarik.. Sy juga masih menontonnya dan sdg berusaha utk menghabiskannya.. Selamat Menonton!!
video

Tuesday, April 5, 2011

Pejam Celik..

Pejam celik, pejam xcelik2. Dua-dua ada beza. Tapi aku still pejam yang boleh celik lagi. Alhamdulillah. Itu bermakna aku masih boleh berubah & bertaubat. Dah agak lama aku xbalik kampung. Bukan lari dari rumah, tapi merantau di negeri seberang. Tinggal oversea katakan.

Puas aku memikirkan perkara seterusnya dalam hidup aku. Sambung belajar? kerja? kahwin? Xbuat apa2?? Kahwin tu lambat lagi rasanya. Calon pun entah kemana. Tapi rata2 umur sebaya aku dah sebut pasal kahwin. Advance juga diorang nie. Kerja? Apa kerja yang sesuai utk aku?
Tapi aku suka tengok situasi dimana pasangan suami isteri belajar bersama-sama. So sweet.
Mostly yang sambung master. Yang degree pun ada juga. Sama-sama cari ilmu dan tidak buat maksiat. Aku? Still working on FYP. Hope to finish it soon. Supaya aku boleh concentrate on final exam then FYP presentation and last but not least Palapes.

FRIEND & FRIENDSHIP...

Friend aka kawan or sahabat atau rakan juga teman adalah manusia di sekeliling kita. Kita juga mungkin merupakan kawan kepada orang lain. Jadi apa perlunya friends ini kepada kita. Ramai orang kata yang kawan masa senang ramai, tapi kawan masa susah payah nak cari. Betul ke?

Kawan kita bertindak sebagai penasihat kita, pendorong, peneman, penolong dan macam2 lagi. Am I right? Tapi ada juga species yang opposite. Sepanjang hidup kita, macam2 jenis kawan kita akan jumpa. Xkiralah yang baik atau jahat. Kadang2, yang baik pun boleh bertukar jadi sebaliknya and yang kita xsuka akhirnya menjadi kawan baik kita. Siapa sangka? Orang kata, buat baik berpada2. Tapi sebenarnya, buat baik xada batasnya. Kebaikan itu satu perkara yang amat digalakkan. Suatu kebaikan boleh menangani kejahatan.
Hargailah kawan2 kita. Mereka bukan sentiasa akan bersama kita. My friend dari sekolah rendah, 2 orang dah meninggal dunia. Al-fatihah untuk mereka. Semoga mereka ditempatkan bersama orang beriman. You never know what will happen. Mereka mungkin bukan yang terbaik, tapi sekurang2nya mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik disamping kita. Kita kadang2 terlalu mementingkan kesempurnaan sehingga kita mengabaikan perkara yang juga berkepentingan. Kerana satu kesalahan, segala kebaikannya kita lupakan. Segala kebaikan kawan kepada kita, kita patut tulis atas batu supaya kita ingat sampai bila-bila. Dan segala kesalahannya kita tulis di pasir pantai supaya kita lupa dan cuba memaafkannya. Kerana kita juga manusia biasa yang xakan sempurna tapi berusaha utk sempurna.

Thank friends for everything... You add some flavor to my life and i am really glad that you are my friends...

HIDUP

Aku terpanggil utk menulis entry nie disebabkan suatu peristiwa, dimana seorang pelajar telah mengambil keputusan yang drastik utk mengakhiri hayatnya. It is kind of pathetic. Ketahuilah, bahawa nyawa kita bukan milik kita. Kita tidak punya hak utk mencabutnya walau segetir mana pun hidup yg perlu kita jalani. Semua manusia punya masalah and tidak terlepas dari ujian. Jika semua insan mengambil keputusan begitu dalam hidupnya, itu bermaksud dia cuba lari dari menyelesaikan masalah. Sesusah mana pun hidui kita, ingatlah bahawa kita tidak keseorangan. Kita masih ada Dia Yang Maha Kuasa yg tidak pernah mengabaikan kita. Setiap ujian yang diberi bersesuaian dengan kemampuan kita. Dia jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. Keputusan yang kita ambil ada banyak kesannya. Kita masih boleh tentukan jalan hidup yang terbaik as long as kita still merujuk kepadaNya. Dia tidak pernah lupakan kita. Tapi kitalah yang selalu melupakanNya. Hidup tanpa masalah pun sebenarnya masalah. Janganlah rasa terbeban dengan masalah dan bertindak terburu-buru. Hidup kita, adalah utk kita. Jika kita pilih jalan yang memudaratkan, hidup kita juga yang akan melarat. Selagi jantung kita masih berdenyut, kita perlu hargainya. Mungkin sekarang kita tidak pernah kesah tapi nanti, pada saat-saat akhir hidup kita, kita akan mula menghitung degupnya kerana itu lah penanda kita masih hidup.

Thursday, February 3, 2011

Pada Ketika...

Hurm..pada ketika ini, tbe2 ku rse nk mengupdate blog ku ini yg agak lme tah ku abaikan....Pada ketika ini juga, ak sedang mgalami fever due to the cuaca yg tidak menentu...huhuPada ketika ini juga, ak sedang bertungkus mulus utk menyiapkn FYP ku...2 blum wat report ag...agak merunsingkan...Pada ketika & saat ini, ku xrse nk tdo pulak...npew ea??Pada ketika ini, otak ku berserabut memikirkan mcm2 benda yg amat penting...Adakah waktu & ketika ini akan berlalu? ak juga trtanya2..Tp, mgkin suatu hari nnti, ak akan merindui & mengingati peristiwa pada ketika ini dgn berkata, "pada ketika itu & bla3"Sungguh,hidup ini sgt mencabar...kte x tahu apa yg akn berlaku kerna bukan kte yg mengaturnya... Pada ketika ini, ak rse sgt merindui kampung halamanku...tp syg, ak blum punya waktu utk itu...Mungkin suatu masa nnti...Bahagia....Pernahkah anda tertanya2, apakah itu bahagia yg sebenar2nya? bahagia d dunia x menjanjikn bahagia d akhirat sana..tp jika mgejar bahagia d akhirat semate2, xjua ke mne2....kebahagiaan itu perlu d cari... Ianya ada d mna2, cuma cara memperolehnye xsetara..Bahagiakah ak pada ketika ini?? anda???Tanyalah diri anda sendiri...Jwablah dgn muhasabah diri...MUHASABAH DIRI......