BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kucen yg comey.....

kucen yg comey.....

Monday, July 18, 2011

Muhasabah Diri

Entri pada kali ini, adalah berkenaan diri kita. semua orang mmpunyai persepsi atau pandangan masing2 terhadap sesuatu. Persepsi tersebut boleh jadi positif & boleh jadi juga sebaliknya. Itu terpulang kepada diri kita sendiri. Jika positif yang di cari, maka akan positif lar kita.


Kita boleh membandingkan diri kita dengan orang2 yang lebih berjaya dengan tujuan sebagai sumber inspirasi atau perangsang dalam proses untuk menjadi manusia yang lebih baik atau menuju kejayaan. Tetapi, jika kita sentiasa membandingkan & mempersoalkan diri kta tanpa mahu berubah, ia membawa kita kepada rasa tidak bersyukur kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya, Dia telah menciptakan kita dengan sebaik2 kejadian. Dia maha mengetahui segala sesuatu dan kita sebagai hambaNya, hendaklah bersyukur.

Kita selalu tertanya2, mengapa Allah tidak mengabulkan permintaan kita. Tapi pernahkah kita bermuhasabah diri kita, adakah kita layak meminta2 denganNya walhal kita selalu ingkar padanya?
“Jika kita mau mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa,
jika kita mau mendekati Allah dengan berjalan, Allah mendekati kita dengan berlari dan jika kita mau mendekati Allah dengan berlari, Allah akan mendekati kita dengan berlari dan terus berlari.” (HR. Bukhari Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nisai dan Ibnu Majah)

Kita tidak boleh memandang diri kita lebih baik daripada orang lain. Itu membawa kepada sifat takbur, riyak & ujub. Sifat2 tersebut adalah pengaruh syaitan untuk menyesatkan kita. Bermuhasabahlah, sesungguhnya Allah menilai amalan kita dengan melihat kepada Ahsanu(terbaik) bukan Aksaru(terbanyak).

Daripada Anas bin Malik (hadis riwayat an-Nasai),
pernah suatu ketika, Rasulullah(saw) bersabda di tengah2 Sahabat, "Akan berlalu di hadapan kalian selepas ini seorang ahli syurga."
Dan berlalulah seorang lelaki.
Esoknya, Rasulullah(saw) mengulang lagi kata2 yang sama, dan lelaki yang sama juga keluar. Lusanya, Rasulullah(saw) mengulang lagi kata2 baginda, dan lelaki yang sama juga keluar.
Sahabat Rasulullah, iaitu Abdullah bin Amru al-As, mempunyai rasa ingin tahu, apakah amal lelaki itu sehingga dia mendapat ganjaran syurga. Maka, dia mencari alasan untuk bermalam di rumah lelaki tersebut selama 3 hari. Namun, dia tidak melihat lelaki itu bangun untuk mengerjakan qiamullail. Pendek kata, amal lelaki itu tidak banyak, dan tiada pula amalan2 istimewa yang kelihatan pada lelaki tersebut.
Selepas 3 hari, sahabat Rasulullah(saw) pun bertanya, "Aku mendengar Rasulullah(saw) menyatakan bahawa engkau ahli syurga, tetapi aku tidak melihat pada engkau ini seorang yang bangun solat malam, dan tidak pula aku melihat kau mempunyai amalan2 yang istimewa. Maka, beritahulah kepadaku, apa yang telah engkau kerjakan?"
Lelaki itu menjawab, "aku sebagaimana yang engkau lihat, tiada apa yang istimewa dan tidak pula banyak amalnya. Tetapi, dalam hatiku, tiada sedikit pun rasa hasad dan sangka buruk kepada saudara Muslimku yang lain."

Betapa agungnya penilaian Allah. Jadi perbaikan amalan kita. Lebih baik amalan sedikit tetapi berterusan daripada amalan yang banyak tetapi tidak berterusan.
Sekian saja. Semoga kita mendapat sedikit ilmu daripada entri dan bermuhasabah diri untuk menjadi yg ahsanu.