BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kucen yg comey.....

kucen yg comey.....

Wednesday, June 13, 2012

My Personal Thought

Agak lama dah xupdate blog ni. Dah bersawang and berhabuk agaknya. Cuma xnampak jak. huhu~ Setelah sekian lama, baru berkesempatan dan mendapat ilham untuk menconteng blog ini. 


Just wanna share my Personal thought. Setelah berUSIA ni, macam2 dah yang kita lalui yang dapat membuatkan kita berfikir. Setiap orang berbeza pengalamannya. Ada perjalanan hidupnya Smooth jak, x kurang jugak ada yang berliku-liku. Itu semua bahagian masing2. Allah maha mengetahui kemampuan setiap hambaNya. Jadi, DIA x akan memberi bebanan yang xmampu ditanggung oleh hambaNya. Cuma cara kita menangani ujianNya yang berbeza2. Kadang kala, kita sedih, marah, kecewa bila x dapat apa yang kita mahu. Ada yang sampai menyalahkan takdir. Tapi ketahuilah bahawa, tidak semua yang kita suka atau mahu itu baik untuk kita. Memang kita tak lepas dari rasa sedih dan kecewa, tapi jika kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakal, nescaya kita akan lebih bersifat terbuka. Antara faktor yang menyebabkan kita TERLAMPAU kecewa adalah apabila kita meletakkan HARAPAN yang tinggi pada sesuatu yang x pasti. Jadi berpada- padalah. Jangan terlampau berlebihan kerana Allah yang mentakdirkan segalanya. Jika tidak, ia boleh mendorong pada rasa tak bersyukur juga fikiran negatif pada PENCIPTA. Kita harus ingat bahawa sesuatu itu terjadi dengan kehendakNya dan sesuatu yang berlaku itu ada HIKMAHnya. Berfikirlah secara positif, tak rugi apa pun. Sebaliknya kita akn rasa lebih tenang dan dalam masa yang sama belajar untuk menerima. 

Mohonlah pada Allah, kerana hanya DIA yang boleh memperkenankan DOA. InsyaAllah, cepat atau lambat  DIA akan menjawab permohonan kita. Jika kita tak dapat apa yang kita mohon, mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sebab Allah tak selalu beri apa yang kita mahu atau minta, tapi DIA beri apa yang kita PERLU. Itu adalah sebaik-baiknya. Jadi, jangan putus berdoa. Jangan hanya berdoa ketika susah dan lalai ketika senang. Ujian ALLAH itu boleh berlaku BILA-BILA. Tak mengira sama ada kita bersedia atau tidak kerana ALLAH memang mahu kita berdoa hanya padaNya. Setiap orang ada masalah. Tak kiralah masalah kewangan, rumah tangga, kesihatan, pelajaran atau macam2 lagi. Jadi, janganlah kita Syok Sendiri, konon masalah kitalah yang paling besar mengalahkan masalah negara. Lagi pun, kita tak tahu masalah orang lain. Kadang2 tu, mungkin lebih besar daripada apa yang kita alami. Jika orang lain boleh melaluinya, kenapa tidak kita??? Bila sudah muhasabah diri tu, kita akan lebih rasional dalam menangani sesuatu. 


Lagi satu, rajin-rajinlah bersedekah. Bila kita senang memberi, orang lain pon tak akan lokek dengan kita. ALLAH pun akan senang memberi pada kita, InsyaAllah. Kita minta macam2 dengan Allah, tapi kita tak penah memberi. Tak ke macam tak berapa nak BALANCE. Bukan suruh bagi banyak pun. Ikut kemampuan juga keIKHLASan. Jika tak mampu juga, berilah KASIH SAYANG. Macam mana?? Berilah kasih sayang pada makhluk ciptaan ALLAH. Bukan manusia sahaja, haiwan dan lain2 juga. Sayangilah HAIWAN, mereka juga memerlukan kasih sayang kita. Ada kadang2 tu, dah lah tak nak bagi makan  pada binatang yang terbiar, siap bagi penyepak lagi. Apa hak kita untuk menzalimi??  Haiwan tersebut juga ada hak untuk diHORMATI. FIKIR-fikirkanlah. Sekadar menyuarakan rasa hati kecil ini.


  
Allah menjadikan setiap makhluknya sebaik-baik rupa. Jangan pernah menghina makhluk lain kerana kita juga tak sesempurna mana. Setiap kita ada kekurangannya. Kita tutup AIB orang, Allah akan menutup aib kita. Hidup ini ibarat roda, kadang kala di atas, di masa lain di bawah pula. Semasa kita berada di atas, jangan lupa untuk pandang ke bawah, begitu juga sebaliknya. Semoga kita mendapat IKTIBAR.


SELANGKAH KITA MENDEKATI ALLAH, SERIBU LANGKAH ALLAH MENDEKATI KITA


Wallahualam~


0 comments: