BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kucen yg comey.....

kucen yg comey.....

Friday, July 27, 2012

Kita Hanya Merancang

Alhamdulillah. Hari ini, sudah ramadhan ke-7 dan diri ini masih bernyawa. Esok-esok, belum tentu lagi. Gunakanlah baki usia yang ada dengan sebaiknya. Peringatan untuk diri sendiri. Kerana, kita tidak tahu bila penghujung usia. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".


Saya juga seperti manusia lain. Merancang untuk kehidupan yang lebih baik, bercita-cita tinggi. Tidak menjadi kesalahan pun. Tapi tak semua yang kita rancang akan berjalan dengan lancar atau dengan kata lain,  terjadi seperti kemahuan kita. Kenapa? Sebab kita hanya seorang planner, tapi bukan pelaksana. Kenapa?
Sebab kita tak sempurna. Pencipta kitalah yang paling sempurna. Dialah yang mengetahui segalanya, sama ada sesuatu itu terbaik untuk kita atau sebaliknya. Oleh sebab itu, saya terus berfikiran positif dan percaya padaNya. Tipulah kalau kita kata kita tak kecewa atau sedih jika kita gagal atau seangkatan dengannya. Tapi, jangan biarkan diri kita terus hanyut dengan rasa kecewa tersebut. Sedih-sedih juga, tapi sampai bila?
Sedih selama-lamanya dengan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi kesedihan tersebut? Apabila kita merancang sesuatu (Plan A), kita gagal, tak kan tak ada Plan B? kalau tak ada pun, kita boleh fikirkan. Plan B pun gagal? Teruskan dengan Plan C. Jangan mudah putus asa. Orang yang malas yang selalu berputus asa.   Seperti kata pepatah, "Yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek". Ini kan kita yang tak berapa nak bulat atau pipih. Kalau terasa nak melayang, kenalah ada sayap. Kalau terasa nak berenang, pergilah  tempat yang ada air. Swimming pool atau pantai. 

Hidup kita yang sementara inilah yang mengajar kita tentang hakikat. Ingatlah, kita semua tidak akan terlepas dengan ujian. Agak-agak, macam mana hidup kita tanpa ujian atau masalah? Cuba bayangkan pergi sekolah bertahun-tahun tanpa ada peperiksaan, perhubungan yang tak pernah ada masalah, dakwat pen yang tak habis-habis. Tapi bila fikir balik, kalau sekolah bertahun-tahun, tapi tak ada peperiksaan atau ujian, macam mana nak tahu kita pada tahap mana? Itu sahaja, sudah jadi masalah. Memang hidup tak akan terlepas dari masalah. Orang selalu kata, orang gila sahaja yang tak ada masalah. Tapi sebenarnya orang gila pun ada masalah. Masalahnya, yang kena tinggal hospital bahagia/sentosa/aman/damai, dia mungkin ada masalah dengan rakan seperjuangan. Atau mungkin, dia tak suka dikurung. Semua itu masalah. Bezanya dengan kita tak gila ni, ialah kita masih boleh berfikiran waras, Insyaallah.

Akhir kata, berbaktilah untuk diri sendiri supaya kita dapat berbakti kepada orang lain. Mudah-mudahan ada iktibar yang dapat kita perolehi dengan sedikit perkongsian ini.
Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa.
Sekian....



0 comments: